TUAN HAJI DARMAWI BIN HAJI HAMDANI - PENGERUSI BIJAN
Name: Hj Darmawi @ Fauzi Hj Hamdani
Age: 51
Gender: Male
Astrological Sign: Sagittarius
Zodiac Year: Ox
Industry: Non-Profit
Occupation: Principle
Location: Kajang : Selangor : Malaysia
About Him:
Anak jati Sabak Bernam ini dilahirkan pada 30 November 1961. Pernah bertugas di beberapa kementerian dan jabatan kerajaan. Jawatan terakhir sebagai Setiausaha Sulit kpd YAB Dato' Sri Mohd Najib, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Mendapat pendidikan formal dalam bidang Pentadbiran Awam,Komunikasi Korporat dan Sains Pembangunan dari IPTA tempatan.Kini sebagai Pengerusi Koperasi Wawasan Sapintas Bhd(KOWASA), Pengerusi Badan Inisiatif Jaringan Nusantara (BIJAN)dan Yang DiPertua Persatuan Penduduk Taman Shahjaya,Cheras Selangor. Chief Operation Officer (COO)/Deputy President Yayasan Rakyat Malaysia (YASRAM)
Melihat ke dalam diri Tuan Haji Darmawi, dengan kejujuran, keikhlasan serta watak amanah yang dibawanya membuat saya benar-benar terharu, kerana dalam pasca kepimpinan UMNO yang kian goyah dengan displin, kelansungan fitnah dan adu domba masyarakat, hasad dengki berleluasa, maka Allah SWT hadirkan jua pemimpin seperti beliau menerajui kami mencari titik pertemuan dari apa yang kami panggil sebagai UNIT USRAH BIJAN.Watak Tuan Haji Darmawi menuju pada garis yang berlandaskan ketaqwaan. Ujarnya kita berjuang dan beragama bukan untuk mengkafirkan orang lain. Perjuangan bukan untuk membangkitkan kebencian. Penjelajahan minda amat ditekankan dalam program Motivasi BIJAN.
Tatkala BIJAN kini mulai menemui tapak yang berasaskan ilmu dan kesederhanaan, justeru representasi dendam, ilustrasi fitnah dan hasad dengki, menjadi hanyir dan terbuang tatkala kita jadikan Al-Quran sebagai asas perjuangan, bukan jadikan Al-Quran sebagai modal untuk menjatuhkan orang lain.6666 Ayat, 114 Surah, 30 Juzuk...Al-Quran Yang Suci diwahyukan kepada Junjungan Besar Rasulullah SAW.
Segala mukjizat, ilmu, makrifat, perubatan, kesyahduan, doa, munajat dan berpuluh juta rahmat telah terhimpun dan dikumpulkan dalam Surah AL-FATIHAH.Maka asas perjuangan BIJAN ialah Al-Fatihah itu sendiri. Maka; selengkar ketertiban mencari rerembas halusinasi yang pergi, kita cuba tarik kembali, meskipun ramai yang terpedaya, membeli rakit untuk menuju ke langit.Justeru BIJAN, mengajak insan agar mendalami ILMU AL-FATIHAH. Mengapa Allah SWT mewajibkan kita membaca Surah ini dalam tiap rakaat solat ..17 kali sehari semalam. Disinilah saya menyaksikan kehalusan budi Tuan Haji Darmawi, memimpin kami dalam BIJAN.
Semestinya kita dapat mentafsir bahawa Al-Fatihah itu bermula dari kalimah Bismillahirrahmanirrahim. Terjawab sudah bagaimana Pendekar Melayu yang hebat seperti Mat Kilau hanya berjalan di atas permukaan air Sungai Pahang dengan sekali lafaz Bismillahirrahmanirrahim tatkala dikejar oleh Gurkha Upahan yang didatangkan penjajah.
Kini wajah Gurkha upahan telah berubah dalam bentuk yang lebih strategis, rupanya menjadi orang-orang adalah lebih popular dari menjadi orang!Landasan suci BIJAN, perjuangan menegakkan Alif Ba Ta, dari restu para ayahanda yang bermukim di kampung halaman masing-masing, Maka BIJAN telah menjadikan Al-Fatihah sebagai paksi perjuangan.
Inilah wajah hati Tuan Haji Darmawi Bin Haji Hamdani; Pengerusi BIJAN.
Salam Hormat.